Sunday, October 21, 2012

GOMO KELATE GOMO.

Tahniah la Kelantan sbb menang PIALA MALAYSIA 2012. Walaupun aku bukan peminat tegar bola sepak. Tapi bila berkumpul satu family dalam satu bilik semata-mata nak tgk bola, rasa best jugak moment tu. :) Actually aku teringin nak tengok bola live dalam stadium. Tapi perkara macam tu dalam mimpi je la. ^^

Sunday, September 23, 2012

MEMORIES WILL NEVER FADE (part 1)

Banyak perkara yang aku rindukan dalam hidup aku ni.
Banyak dan mungkin tak semua yang aku boleh share kat dalam blog ni.
Bukanlah sebab privasi. Tapi aku rasa tak perlu di share kot.
Biar ia tersemat di dalam hati & ingatan aku. 
Memori yang tak mungkin aku lupa kan.
Apa yang pasti setiap memori yang berlaku dalam hidup aku, itulah yang terbaik.
Sebab kerana memori, banyak yang aku belajar tentang kehidupan ni. :)


p/s: Picture ni semasa minggu orientasi. Tahun 2008. Semua kene beratur nak pergi ke dewan besar.

Rindunya zaman belajar. Masa mula2 daftar sebagai student UTM. Rindu masa program haluan mahasiswa. Rindu nak masuk lecture class. Rindu nak buat assignment. Rindu nak amek exam. Rindu nak hang out dengan kawan2 belajar. Rindu. Kalau lah masa2 tu semua boleh diputarkan balik. Tapi itu sangat mustahil.

Wednesday, August 8, 2012

RAMADHAN OH RAMADHAN~

Alhamdulillah. Diam tak diam, harini dah masuk ramadhan yang ke-18. Cepat pulak masa berjalan. Teringat waktu kecik-kecik dulu. Nak tunggu hari puasa yang ke-30 tu punya la lama. Sebab tak sabar nak tunggu raya. Biasala kan,budak kecik. Excited lebih. Nak beli baju raya la. Nak beli kasut raya la. Nak beli tudung raya la. ( Eh dulu belom berhijab lagi. :p ) Nak beli beg raya la. (tujuan: beg raya WAJIB beli sebab nak simpan duet raya bile pegi beraya). Nak beli kueh raya la. Langsir raya la. Segala macam raya. Sebab tu dulu rasa excited je nak sambut raya. Sampai tak sabar nak tunggu bulan puasa habis. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, sekarang bila umur dah masuk 24 TAHUN, ulang skali lagi. 24 TAHUN OK.. kira macam fikiran tu dah matang sket la, banyak perkara yang aku belajar tentang bulan ramadhan ni especially kelebihan bulan ramdhan. Rasa sayu pulak hati ni bila bulan ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Mana tak nya, harini kan dah hari yang ke-18 kita berpuasa. That means, tinggal lagi 12 hari nak menyambut bulan syawal. Bukan tak gembira nak sambut syawal. Cuma rasa diri ni belum puas nak menikmati bulan ramadhan. Well, masa tetap berjalan. Semoga Allah memberkati segala amalan kita sepanjang bulan ramadhan ni. ~amin. :)

p/s: Nah, doa buka puasa. Actually tuju kan untuk diri sendiri jugak yang kadang2 lupa doa buka puasa. :p Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

meaning: "Ya Allah, dengan-MU aku beriman, dengan rezeki-MU aku berbuka dengan rahmat-MU wahai yang Maha Pengasih & Penyayang."
                                   

Tuesday, June 26, 2012

REDHA. :)

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan teka-teki kan. Kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Sungguh kita mahukan apa yang kita rancang menjadi kenyataan, tapi dalam masa yang sama kita tak boleh ketepikan ketentuan ILLAHI.  Segala perancangan-NYA adalah yang terbaik. Puas kita mencari apa hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Kita sering bertanya dalam hati, kenapa kita tak dapat apa yang kita nak. Sedangkan kita sendiri tahu, ALLAH takkan bagi apa yang kita nak. Tapi for sure DIA bagi apa yang kita perlu. hmmmmmm,,,wahai atiah, tolonglah bersyukur. :') Bila ALLAH berbicara dengan firman-NYA yang berbunyi: 

"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
(Al-Baqarah: 216
)


Satu je pekataan yang aku boleh describe semua ni. Iaitu 'REDHA'..  (^__')y

Thursday, June 21, 2012

Khas untuk DIA... ♥

Jam dah menunjukkan 1.06 minit pagi. Tapi masih banyak perkara yang berlegar di fikiran walhal waktu seperti ini aku harus rehatkan minda aku dari segala hal dunia. Letih bila memikirkan hal dunia. Tapi Syukur. Syukur. Dan Syukur Aku ada DIA. DIA yang sentiasa di hati. Yang tidak meninggalkan aku. Even semasa aku gembira, aku sedih, aku buntu. Setiap moment itu DIA pasti ada. Untungkan ada DIA dalam hati ini. Tidak pernah kecewa dengan cinta-NYA. Yang memahami segala rintihan hati. Yang mendengar segala keluhan. Doa. Hajat. Dan bila berhadapan dengan keputusan yang mengelirukan. Minta saja petunjuk DIA. DIA pasti akan bagi.Kadang-kadang tu bila terbaca msg dari DIA...
"So remember Me; I will remember you." ( al-Baqarah 2:152),  
aku akan tersenyum seorang diri. Dan terasa amat bahagia. Bahagia tak terkata. Kalau bahasa orang puteh cakap speechless. Terharu kan bila baca msg DIA. :') Walaupun aku tak pernah lihat DIA. Tak pernah jumpa. :( Tapi cukuplah aku dapat rasai kehadiran-NYA. Cukuplah aku yakin bahawa DIA selalu memerhatikan aku. Menjaga aku. Melindungi aku. Alhamdulillah aku ada DIA. :)

Tuesday, May 1, 2012

SAYANG KERANA ALLAH. :)

Susahkan bila bicara tentang hati & perasaan. Tapi harus yakin dengan ALLAH s.w.t. Jika memang benar dia jodoh kita, InsyaALLAH Allah akan temukan juga suatu hari nanti sejauh mana pon jarak dia dengan kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa memperbaiki diri & mempersiapkan diri untuk lebih bersedia menerima kehadiran pasangan kita nanti. One more thing, jika kita jatuh cinta, biarlah ia kerana ALLAH. Bila kita rindu, biarlah rindu itu tidak merosakkan rindu kita kepada ALLAH. Jangan sesekali membina cinta atas landasan yang rapuh, bimbang cinta itu bukan kerana ALLAH tetapi hanya menuruti nafsu semata-mata. :)

Monday, April 30, 2012

Ini Sangat Awesome!


Video ni sangat kreatif kan? :) Seriously, first time tengok, rasa WOW!! Bagus+Kreatif betul orang yang hasilkan video ni.. ..Hopefully, kita sama-sama dapat perbaiki solat, lebih memahami & menghayati makna-makna bacaan dalam solat kita. Tapi apa-apa pon,yang penting, jangan tinggal solat tau! :)




Thursday, April 19, 2012

SEDIKIT PESANAN. :)

"Diam bukanlah beerti membenci.. Tetapi ingin mengumpul kemaafan di hati.
Hilang bukan beerti melarikan diri..Tetapi ingin mengutip kekuatan untuk bertemu lagi.. dengan Izin-NYA."  

Wednesday, March 28, 2012

NOTA RINGKAS # 1

Sekejapnya dah pukol 10.45 malam. Esok kerja. Sejak dah masuk alam pekerjaan ni, terasa seperti tidak punya waktu. Semakin pandai menghargai waktu agar waktu-waktu yang berlalu tidak dihabiskan dengan perkara sia-sia. :p

Thursday, February 9, 2012

SIAPA YE JODOH SAYA. :)

Salam. Dengan ini, saya nak bagitahu bahawasanya esok saya kerja. Tapi tangan dan jari jemari saya sibuk nak log in blog & update sesuatu. Jadi saya terpaksa akur memandangkan blog saya ni sudah seperti rumah yang tidak berpenghuni. Sunyi. Kosong. Ok atiah. Enough lah merepek anda itu. Now mari kita kembali serius dengan tajuk utama. Kadang-kadang kan saya pernah bertanya dalam hati, siapa ye gerangan lelaki yang akan menjadi suami saya kelak? Adakah dia seorang lelaki yang soleh. Yang baik. Yang hensem. Yang kelakar. Yang bertanggungjawab. Yang selekeh. Yang pemurah. Yang memakai kaca mata. Yang pandai dan apa saja yang lah. Yang mana satu ye yang akan menjadi imam yang dapat membimbing keluarga saya kelak. Yang dapat menjaga & melindungi maruah saya. Yang mencintai saya kerana agama saya. Saya tahu ramai dikalangan kita para gadis ingin bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yg soleh, yg bertanggungjawab & banyak lagi kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki sebelum dia menjadi yang halal bagi kita seolah-olah kita seorang yang perfect.  Dan saya juga sedar tak semua yang kita mahukan dalam dunia ni akan jadi milik kita. Jadi, kalau dah macam tu, kenapa nak sibuk memikirkan siapa gerangan lelaki yang akan menjadi suami kita kan? Sedangkan Allah dah berfirman :


   "Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik."
(an-Nur:26)


Ah, ternyata semua orang tahu termasuk lah diri saya  sedar akan firman ALLAH s.w.t ini.  After mengingat kembali firman ALLAH ini,hati saya kembali tenang. Yang sebenarnya apa yang paling penting disini, bukanlah mencari lelaki yang mempunyai ciri2 yang kita idamkan menjadi suami kita. Tapi ia lebih kepada sejauh mana kita dapat mendidik keperibadian diri kita untuk menjadi insan yang baik, wanita yang baik. Agar kelak, Allah temukan kita dengan lelaki yang baik. Yang sesuai dengan keperibadian diri kita sendiri.  InsyaALLAH. Dan ibu juga ada berpesan pada saya, selagi belom ada akad nikah, selagi itu kita tidak tahu siapa jodoh kita. wallahualam.     :) 

Tuesday, January 10, 2012

JUST HAVE FAITH IN ALLAH. No worries at all :)





Dear muslimah,

You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn't change her goodness or her 'aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam(raa), yet Allah s.w.t places your status above all the other woman on earth. Have faith in Allah always & place your full trust in HIM. He's the central focal point of our lives. (Heba El-Haddad)




Wednesday, January 4, 2012

JOM JADI MUSLIM YANG PRODUCTIVE!! :D

Salam. Hye!
Here are some tips from ProductiveMuslim.com on "HOW TO BE A PRODUCTIVE MUSLIM." :) 

1) Make most of the early hours.

2) Pray istikharah before make any dicision.

3) Plan your day before your day starts.

4) Develop a habit of reading.

5) Help others and ALLAH will help you.

6) Ideas are gifts from ALLAH, write them down and act upon them.

7) Productive muslim don't quit.

8) You're never too young or too old for any good deed.

9) Have sincere intention and work hard.