Salam.
Harini saya nak luahkan perasaan sempena sesi luahan perasaan. *ayat apekah ini. Takde lagi perkataan yang boleh digambarkan selain perasaan rindu nak melihat wajah ibu ayah. Saya tahu cuma ada kurang lagi seminggu dari sekarang, ibu ayah akan pulang ke malaysia setelah mereka mengerjakan rukun islam ke-5. Semakin dekat tarikh ibu ayah akan pulang ke malaysia, semakin terasa lama pulak hari yang ditunggu-tunggu itu. Tapi takpe. Harus terus tabah menunggu kepulangan ibu ayah tercinta. Sangat rindukan mereka. Semoga ibadah mereka sentiasa diterima-NYA & perjalanan mereka dipermudah-NYA. ~insyaALLAH.
Bila perasaan rindu tu datang, terus rasa nak dengar lagu ni dan terus nak tujukan lagu ni kat ibu ayah. ♥
