Jam dah menunjukkan 1.06 minit pagi. Tapi masih banyak perkara yang berlegar di fikiran walhal waktu seperti ini aku harus rehatkan minda aku dari segala hal dunia. Letih bila memikirkan hal dunia. Tapi Syukur. Syukur. Dan Syukur Aku ada DIA. DIA yang sentiasa di hati. Yang tidak meninggalkan aku. Even semasa aku gembira, aku sedih, aku buntu. Setiap moment itu DIA pasti ada. Untungkan ada DIA dalam hati ini. Tidak pernah kecewa dengan cinta-NYA. Yang memahami segala rintihan hati. Yang mendengar segala keluhan. Doa. Hajat. Dan bila berhadapan dengan keputusan yang mengelirukan. Minta saja petunjuk DIA. DIA pasti akan bagi.Kadang-kadang tu bila terbaca msg dari DIA...
"So remember Me; I will remember you." ( al-Baqarah 2:152),
aku akan tersenyum seorang diri. Dan terasa amat bahagia. Bahagia tak terkata. Kalau bahasa orang puteh cakap speechless. Terharu kan bila baca msg DIA. :') Walaupun aku tak pernah lihat DIA. Tak pernah jumpa. :( Tapi cukuplah aku dapat rasai kehadiran-NYA. Cukuplah aku yakin bahawa DIA selalu memerhatikan aku. Menjaga aku. Melindungi aku. Alhamdulillah aku ada DIA. :)
Ashura: A Stick in the Oppressor’s Wheel
11 hours ago
No comments:
Post a Comment