Thursday, February 9, 2012

SIAPA YE JODOH SAYA. :)

Salam. Dengan ini, saya nak bagitahu bahawasanya esok saya kerja. Tapi tangan dan jari jemari saya sibuk nak log in blog & update sesuatu. Jadi saya terpaksa akur memandangkan blog saya ni sudah seperti rumah yang tidak berpenghuni. Sunyi. Kosong. Ok atiah. Enough lah merepek anda itu. Now mari kita kembali serius dengan tajuk utama. Kadang-kadang kan saya pernah bertanya dalam hati, siapa ye gerangan lelaki yang akan menjadi suami saya kelak? Adakah dia seorang lelaki yang soleh. Yang baik. Yang hensem. Yang kelakar. Yang bertanggungjawab. Yang selekeh. Yang pemurah. Yang memakai kaca mata. Yang pandai dan apa saja yang lah. Yang mana satu ye yang akan menjadi imam yang dapat membimbing keluarga saya kelak. Yang dapat menjaga & melindungi maruah saya. Yang mencintai saya kerana agama saya. Saya tahu ramai dikalangan kita para gadis ingin bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yg soleh, yg bertanggungjawab & banyak lagi kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki sebelum dia menjadi yang halal bagi kita seolah-olah kita seorang yang perfect.  Dan saya juga sedar tak semua yang kita mahukan dalam dunia ni akan jadi milik kita. Jadi, kalau dah macam tu, kenapa nak sibuk memikirkan siapa gerangan lelaki yang akan menjadi suami kita kan? Sedangkan Allah dah berfirman :


   "Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik."
(an-Nur:26)


Ah, ternyata semua orang tahu termasuk lah diri saya  sedar akan firman ALLAH s.w.t ini.  After mengingat kembali firman ALLAH ini,hati saya kembali tenang. Yang sebenarnya apa yang paling penting disini, bukanlah mencari lelaki yang mempunyai ciri2 yang kita idamkan menjadi suami kita. Tapi ia lebih kepada sejauh mana kita dapat mendidik keperibadian diri kita untuk menjadi insan yang baik, wanita yang baik. Agar kelak, Allah temukan kita dengan lelaki yang baik. Yang sesuai dengan keperibadian diri kita sendiri.  InsyaALLAH. Dan ibu juga ada berpesan pada saya, selagi belom ada akad nikah, selagi itu kita tidak tahu siapa jodoh kita. wallahualam.     :) 

No comments:

Post a Comment